Assalamualaikum.
Di sini ingin diceritakan serba sedikit kisah diri hamba yang tak seberapa. Pada jam 11.46 malam, teriakan seorang bayi berkumandang di Hospital Batu Pahat. Tanggal 18 Januari 1999 pada bulan Syawal, Lahirlah seorang bayi lelaki bernama Syed Abu Bakar bin Syed Abdul Rahman. Asalnya di Batu Pahat, Johor. Usul yang disegani dan mengandungi sejarahnya yang tersendiri.
Terdetik nama "Syed" pastinya pembaca sekalian memikirkan hamba asalnya berketurunan Arab. Ya, hamba berketurunan Arab namun sekadar "arab celup" kerana muka lebih iras ibu iaitu berketurunan Banjar di Batu Pahat. Hamba bersekolah di SK Bandar Batu Pahat dan SMK Tinggi Batu Pahat bagi sekolah menengah. Jurusan Lukisan Kejuruteraan dipilih ketika tingkatan 4 namun menyambung ke pendidikan Tingkatan 6 kerana kurang minat kepada subjek lukisan. Ternyata hamba lebih meminati subjek bahasa kerana dapat mencurahkan idea dan isi hati menerusi penulisan.
Jauh di sudut hati masih tiada impian sejak kecil namun kesungguhan mencari hala tuju diri tidak terhenti. Akhirnya, takdir membawa hamba ke jurusan Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia. Hari demi hari, minat terhadap bahasa mula berbunga di jiwa. Hasrat di hati ingin tidak putus-putus ingin mendalami bahasa Melayu dan ingin memajukan bahasa ini ke arah yang lebih tinggi.
Demikian sahaja lah serba sedikit salasilah diri hamba yang ingin diceritakan. Niat di hati ingin menceritakan lebih lagi tetapi tidak mengapa mungkin di lain masa. Sekian sahaja cerita tentang pengenalan diri hamba. Semoga kita dapat berkenalan!
Syed Abu Bakar bin Syed Abdul Rahman 203009
No comments:
Post a Comment