Monday, May 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 9-BAB 5 (TAKSONOMI DAN PENDEKATAN STRATEGI KOMUNIKASI)

 Rujukan buku: Normaliza Abd Halim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi: Penerbit UMT, Kuala Nerus. 


Sumber: https://youtu.be/FGHedAgA7ys

Assalamualaikum dan hai semua!

Kali ini hamba diberikan tugasan untuk menghasilkan powerpoint berbentuk video. Powerpoint tersebut diambil daripada buku Kajian Wacana pada bab 5 Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi. Mula-mula hamba rasa tugasan ini agak sukar kerana tak pandai sangat nak buat video powerpoint ni. Tapi Alhamdulilah hasilnya menakjubkan sebab nampak cantik heehehehe. 

Semoga kita berjumpa lagi semua!




BBM3410-2021-MINGGU 9-PANTUN 4 KERAT (FACEBOOK)

 Assalamualaikum semua!

Mesti korang tertunggu-tunggu post daripada hamba kan?

Ha! hari ini hamba ingin menunjukkan hasil tugasan hamba iaitu berjual-beli pantun di "Facebook" bersama dengan rakan-rakan yang lain. 

Jom kita tengok!

Pantun daripada hamba.


Pantun daripada rakan-rakan hamba.







Seronok kan tengok hamba dan rakan-rakan berbalas-balas pantun? bijak sungguh mereka dalam menyusun pantun untuk berjual beli. Semoga kita berjumpa lagi ya!

BBM3410-2021-MINGGU 9-KESILAPAN (INSTAGRAM)

 Assalamualaikum semua!

Pada harini hamba diberikan tugasan berkenaan dengan kesilapan yang mana hamba harus "post" gambar di Instagram berkaitan dengan "kesilapan".

Jom kita tengok!

Post hamba di Instagram


Post rakan-rakan hamba.






Tbh, hamba berasa seronok kerana dapat melihat kekreatifan rakan-rakan yang lain dalam menyusun ayat yang menarik bagi mendapat perhatian umum dalam post mereka.

BBM3410-2021-MINGGU 9-KEMANUSIAAN (TWITTER)

 Assalamualaikum semua!

Hari ini hamba ditugaskan untuk membuat satu tweet berkaitan dengan kemanusiaan. Jom kita tengok hasil-hasil dari hamba dan rakan-rakan yang lain!

Tweet saya berkenaan kemanusiaan.


Tweet rakan-rakan yang lain.







Best kan tweet berkenaan dengan kemanusian ni? hamba pun seronok melakukan tugasan ni bermacam-macam tweet dapat kita lihat!

Tuesday, May 25, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-ONE SHOT KUMPULAN SANGGA BUANA

 Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Selangor.

1) Video One Shot One Layer



2) Video One Shot Two Layer




3) Video One Shot Three Layer


Assalamualaikum dan hai semua!

Untuk post kali ini, kami dari kumpulan Sangga Buana ingin mempersembahkan hasil video kami iaitu video one shot. 

Untuk pengetahunan anda, video one shot merupakan rakaman yang dibuat tanpa menggerakkan alat perakam video. Video ini juga tidak memerlukan suntingan kecuali pada bahagian akhir video kerana memerlukan bahagian kredit bagi tugasan ini. Video one shot ini juga boleh dirakam dengan kaedah one shot two layer dan one shot three layer. One shot two layer dirakam dengan meletakkan penyanyi bersama-sama dengan pelakon atau objek yang bergerak manakala video one shot three layer pula meletakkan penyanyi, pelakon dan objek yang bergerak.

Untuk menghasilkan video tersebut ini, kami mulakan dengan mengadakan perbincangan di aplikasi Whatsapp. Perbincangan ini dimulakan dengan membincangkan lagu yang terbaik untuk digunakan dalam video kami.  Setelah itu, setiap ahli kumpulan diagihkan tugas dan diberikan masa yang secukupnya untuk menyiapkan bahagian masing-masing. 

Kami telah bersepakat untuk memilih lagu Hilang nyanyian kumpulan Jinbara untuk video one shot one layer. 

Video One Shot One Layer

Lagu tersebut mengisahkan tentang kehidupan seorang lelaki yang masih mencari erti cinta yang sebenar. Miming bagi lagu ini dilakukan oleh Muhammad Firdaus. 

Selain itu, kami juga telah memilih lagu Harapan Kecewa nyanyian Ahmad Jais untuk video one shot two layer kami.

Video One Shot Two Layer

Lagu ini mengisahkan tentang rasa kecewa sesorang lelaki yang berharap kepada seorang wanita yang dicintainya. Malangnya, wanita tersebut hanya memberikan harapan palsu dan semata-mata. Miming video ini dilakukan oleh Muhammad Zarif sambil dibantu oleh adiknya iaitu Muhammad Izzat Fitri. 

Akhir sekali, lagu bagi video one shot three layer pula bertajuk Sayap Ilusi oleh kumpulan Wings. 

Video One Shot Three Layer

Lagu ini menceritakan seorang lelaki yang rasa cinta terhadap Tuhannya. Video ini turut dihasilkan oleh Muhammad Firdaus sambil dibantu oleh rakan-rakan sekampungnya iaitu Anas, Ihsan, Luqman dan Firdaus sebagai pelakon tambahan.

Setelah semua video selesai dirakam dan disunting oleh barisan editor, pengarah kami meneliti setiap video secara terperinci untuk diberikan penambahbaikan agar setiap video one shot ini bertepatan dengan konsep yang dimahukan. Sebelum itu, ahli yang bekerja di sebalik tabir pula ditugaskan untuk mencari lagu dan menulis kapsyen blog. Setelah video siap disemak dan disunting beberapa kali, pengarah memberi kelulusan agar video tersebut boleh dimuat naik di Youtube Channel dan blog masing-masing. 

Secara keseluruhannya, proses menghasilkan video one shot ini amat menyeronokkan. Kerjasama sesama ahli kumpulan Sangga Buana juga sangat baik. Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua ahli kumpulan yang memainkan peranan masing-masing bagi memastikan tugasan video one shot ini berjalan dengan lancar. Tidak lupa juga kepada barisan pelakon tambahan yang sudi membantu menjayakan lagi tugasan kami kali ini. Kami berharap agar video ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Sekian. Terima kasih.

Wednesday, May 19, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 7-VLOG HARI RAYA KUMPULAN SANGGA BUANA

 Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Selangor.


                                                            Sumber : https://youtu.be/0RkyXqf1hNo


Assalamualaikum & hai semua!

Untuk post kali ni, kami dari kumpulan Sangga Buana nak tunjukkan hasil video raya kami yang bertajuk "Sangga Buana Beraya: Edisi PKP 3.0".

Hope korang enjoy video ni. Selamat menonton & Selamat Hari Raya!

BBM3410-2021-MINGGU 7-VIDEO SETEMPAT

 Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Selangor.

Assalamualaikum semua!

Pada kali ini hamba akan berkongsi video setempat atau vlog yang telah hamba lakukan sewaktu Hari Raya Aidilfitri yang pertama. Saya juga akan berkongsi langkah-langkah yang telah saya ambil bagi menyiapkan tugasan video setempat ini. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

1) Membuat satu kronologi tentang cerita yang ingin dilakukan dalam video setempat.

2) Mencari pelakon atau ahli keluarga yang ingin turut serta.

3) Memberi gambaran kepada pelakon mengenai peranan dan watak mereka.

4) Mencari sudut rakaman yang sesuai bagi setiap babak.

5) Pastikan sudut rakaman dalam keadaan yang seimbang dan tidak bergoyang.

6)Rakam video setempat secara spontan lebih baik berbanding rakaman yang berskrip.

Berikut merupakan video yang telah saya rakamkan bagi tugasan video setempat.

                                        
                                                    Sumber : https://youtu.be/8djw4sG6B-M





BBM3410-2021-MINGGU 8-STRATEGI KOMUNIKASI

 Rujukan buku: Normaliza Abd Halim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi: Penerbit UMT, Kuala Nerus. 


Assalamualaikum semua, pada kali ini hamba diberikan tugasan mengenai strategi komunikasi dalam buku Kajian Wacana. Secara amnya, strategi komunikasi ialah cara atau teknik keberkesanan  dalam komunikasi itu dapat dilakukan oleh penyampai kepada pendengar. Hal ini  bermaksud teknik penyampaian komunikasi yang berkesan akan member impak yang positif kepada pendengar. Mesej juga dapat disampaikan dengan jelas dan nyata.

Berikut merupakan peta minda yang telah hamba siapkan mengenai strategi komunikasi dalam buku Kajian Wacana.










Sunday, May 2, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 6-SIMPULAN BAHASA


 Sumber : Youtube

Assalamualaikum dan hai semua! 

Kami dari kumpulan Sangga Buana ingin mempersembahkan video simpulan bahasa yang dihasilkan oleh kumpulan kami. 

Untuk pengetahuan anda semua, simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan dengan membawa erti yang mendalam. Bukan itu sahaja, maksud simpulan bahasa juga adalah berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya. Simpulan bahasa yang digunakan oleh kumpulan kami ialah pisau cukur, puteri lilin, tin kosong, wang kopi, buah fikiran, buah tangan, tidur mati, pukul curi, titik peluh, potong leher, tulang belakang, tidur tidur ayam, buah hati, buah pena, tolak ansur, lampu hijau, buka mata, buka tembelang dan buku lima. 

Untuk menghasilkan video yang sempurna, kami mulakan tugas, pengarah tugasan kami mula mengadakan perbincangan bersama-sama ahli kumpulan untuk mengetahui cara bagi menghasilkan gambar dengan makna simpulan bahasa yang saya sebutkan di atas. Setiap ahli kumpulan diberikan masa selama lebih kurang seminggu untuk menghasilkan makna simpulan bahasa ini melalui lakonan dalam gambar. 

Selepas kami selesai menangkap gambar,  pengarah kami pula memainkan peranan penting untuk meneliti setiap gambar yang dihasilkan bagi memastikan ia bertepatan dengan makna simpulan bahasa yang dipilih. Di samping itu, ahli kumpulan yang memegang jawatan sebagai editor-editor mengikut asas fotografi juga berperanan memastikan setiap gambar yang dihasilkan bersesuaian dengan asas fotografi masing- masing. Dalam masa yang sama, pengarah muzik memilih muzik instrumental Melayu yang sesuai untuk dimuatkan dalam video ini.

Selepas pengarah idea dan konsep serta pengarah susunan video menemui kata sepakat berkenaan penghasilan video, penerbit mula mengedit dan menyusun gambar-gambar yang dihasilkan ke dalam bentuk video mengikut arahan yang ditetapkan oleh Prof. Dr. Normaliza. Setelah siap, pengarah memeriksa video yang dihasilkan dan memberi kelulusan agar video tersebut boleh dimuat naik ke Youtube Channel dan blog masing-masing. Setelah itu, editor teks pula menghasilkan huraian untuk dimuatkan ke dalam video ini.

Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua ahli kumpulan kami yang memainkan peranan masing-masing bagi memastikan tugasan video simpulan bahasa ini berjalan dengan lancar. Semoga video simpulan bahasa ini memberi manfaat kepada anda semua.

Sekian. Terima kasih.

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASA...