Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 

PRA-ANDAIAN

1. Intuisi

2. Konteks

Penerimaan/Penafian

Keperluan

Perujukan

Anafora

Pengulangan

Kekaburan

Penegasan

 

EMOSI

1. Positif

2. Negatif

3. Emosi Bercampur

Perangai

Personaliti

Mood

Motivasi

 

NILAI DAN BUDAYA

1. Diri

2. Masyarakat

3. Adat

Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan

Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan

Hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat

Keadilan, kebebasan, rasional

 

BAHASA

1. Bahasa pertama/kedua/ketiga

2. Formal/tidak formal

3. Kesalahan bahasa

4. Linguistik

 

INFERENS

1. Rumusan keseluruhan

2. Rumusan topik perbincangan

3. Penutup kata

 

Pendekatan analisis wacana oleh Normaliza Abd Rahim (2018b) dapat dibahagikan kepada lima elemen iaitu pra-andaian, emosi,  nilai dan budaya, bahasa dan inferens. Yang pertama ialah pra-andaian. Pra-andaian ialah perkara yang dilakukan dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan. Pra-andaian dapat dibahagikan kepada dua aspek iaitu intuisi dan konteks. Intuisi ialah kemampuan untuk memahami sesuatu tanpa menggunakan akal fikiran melalui gerak hati seseorang. Konteks pula merupakan kajian dari aspek penerimaan atau penafian, keperluan, pemujukan, anafora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.

  Elemen yang kedua ialah emosi. Emosi merupakan suatu perasaan yang terdapat dalam diri seseorang yang dirasai daripada suatu rangsangan. Emosi dapat dibahagikan kepada dua aspek iaitu emosi positif, negatif dan emosi bercampur. Emosi juga dikenal pasti melalui tabiat, motivasi diri, personaliti sama ada dari dalam mahupun luar.

Nilai dan budaya pula meliputi perkara yang terkandung dalam falsafah pendidikan negara. Elemen ini dapat dikenal pasti melalui diri, masyarakat dan adat. Hal ini termasuklah nilai-nilai seperti ikhlas, baik hati, berhemah, kasih sayang, kesyukuran, kesederhanaan, kerajinan, bekerjasama, bermasyarakat, hormat-menghormati dan lain-lain lagi.

Elemen yang keempat iaitu bahasa telah memfokuskan kepada bahasa pertama, kedua, ketiga dan lain-lain. Bahasa dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahasa formal dan tidak formal. Elemen ini juga mengambil kira kesalahan bahasa dan aspek linguistik supaya kelihatan lebih kritis, jelas dan padat.

Elemen yang terakhir ialah inferens. Inferens merangkumi kesimpulan, rumusan topik perbincangan dan penutup. Setiap aspek ini perlu diambil kira supaya ujaran, interaksi, teks dan tulisan lebih teratur dan jelas.

 

Sumber: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi: Penerbit UMT, Kuala Nerus.

 









Wednesday, March 24, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1B

 1) Watak

 

Watak

Keterangan

Alim

Alim akan pulang ke kampung nenek dan datuk di Kajang.

Nenek di Kajang

“Alim tengok tu!” kata nenek sambil menunjuk ke arah sekumpulan ayam dan itik di dalam reban yang baru dibuat oleh datuk.

Datuk di Kajang

Nenek dan datuk berlari mendapatkan Alim yang sedang menangis di tepi reban.

Ibu dan bapa

Ibu dan bapa pula sibuk mengeluarkan beg dari dalam kereta.

Nenek dan datuk di Melaka

Nenek dan datuk sebelah bapa Alim tinggal di Melaka

Abang Imran

Abang Imran dan Kak Madinah juga mengangkat beg masing-masing ke dalam rumah datuk dan nenek.

Kak Madinah

Alim duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah.

Aisyah

Aisyah sibuk mencari permainan yang tertinggal di celah-celah kerusi di dalam kereta.

 

2) Latar Tempat

Latar Tempat

Keterangan

Kampung

Hari ini Alim dan keluarga akan pulang ke kampung.

Dapur

Kelihatan dari dapur, Alim ketawa bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah.

Dalam Kereta

Ibu dan bapa pula sibuk mengeluarkan beg dari dalam kereta.

Reban baru

“Alim tengok tu!” kata nenek sambil menunjuk ke arah sekumpulan ayam dan itik di dalam reban yang baru dibuat oleh datuk.

Ruang tamu

Alim duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah.

Kajang

Nenek dan datuk sebelah ibu Alim tinggal di Kajang.

Melaka

Nenek dan datuk sebelah bapa Alim tinggal di Melaka.

Reban lama

Kelihatan datuk berdiri di hadapan reban baharu yang terletak 50 meter dari reban lama.

 

3)Latar Masa

 

Latar Masa

Keterangan

30 minit perjalanan

Setelah 30 minit perjalanan, mereka pun sampai.

 

3) Latar Masyarakat

 

Latar Masyarakat

Keterangan

Masyarakat kampung

Alim akan pulang ke kampung nenek dan datuk di Kajang.

Masyarakat penyayang

Nenek memujuk halim.

Masyarakat yang membela binatang

Alim ingin bermain dengan ayam dan itik nenek dan datuk di kampung.

 

 

4) Emosi Positif

 

Emosi positif

Keterangan

Kasih sayang

Nenek memujuk Alim. Nenek pegang tangan Alim sambil berjalan keliling rumah bercerita tentang almari, katil, kerus dapur kepada Alim.

Teruja

Alim tidak sabar untuk pulang ke kampung.

Tolong-menolong

Datuk dan nenek cuba menolong Alim.

Gembira

Alim ketawa bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah.

 

5) Emosi Negatif

 

Emosi Negatif

Keterangan

Sedih

Alim sangkakan rumah datuk dan nenek tiada.

Kecewa

Alim sedih, marah, menangis, Alim tidak tahu mengapa ayam dan itik tiada di kampung.

 

Sumber : Normaliza Abd Halim(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi: Penerbit Umt, Kuala Nerus.





BBM3410-2021-MINGGU 1A

 Assalamualaikum. 

Di sini ingin diceritakan serba sedikit kisah diri hamba yang tak seberapa. Pada jam 11.46 malam, teriakan seorang bayi berkumandang di Hospital Batu Pahat. Tanggal 18 Januari 1999 pada bulan Syawal, Lahirlah seorang bayi lelaki bernama Syed Abu Bakar bin Syed Abdul Rahman. Asalnya di Batu Pahat, Johor. Usul yang disegani dan mengandungi sejarahnya yang tersendiri.

 Terdetik nama "Syed" pastinya pembaca sekalian memikirkan hamba asalnya berketurunan Arab. Ya, hamba berketurunan Arab namun sekadar "arab celup" kerana muka lebih iras ibu iaitu berketurunan Banjar di Batu Pahat. Hamba bersekolah di SK Bandar Batu Pahat dan SMK Tinggi Batu Pahat bagi sekolah menengah. Jurusan Lukisan Kejuruteraan dipilih ketika tingkatan 4 namun menyambung ke pendidikan Tingkatan 6 kerana kurang minat kepada subjek lukisan. Ternyata hamba lebih meminati subjek bahasa kerana dapat mencurahkan idea dan isi hati menerusi penulisan.

 Jauh di sudut hati masih tiada impian sejak kecil namun kesungguhan mencari hala tuju diri tidak terhenti. Akhirnya, takdir membawa hamba ke jurusan Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia. Hari demi hari, minat terhadap bahasa mula berbunga di jiwa. Hasrat di hati ingin tidak putus-putus ingin mendalami bahasa Melayu dan ingin memajukan bahasa ini ke arah yang lebih tinggi. 

Demikian sahaja lah serba sedikit salasilah diri hamba yang ingin diceritakan. Niat di hati ingin menceritakan lebih lagi tetapi tidak mengapa mungkin di lain masa. Sekian sahaja cerita tentang pengenalan diri hamba. Semoga kita dapat berkenalan! 

                                                                                             


                                       Syed Abu Bakar bin Syed Abdul Rahman    203009




SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASA...