Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 

PRA-ANDAIAN

1. Intuisi

2. Konteks

Penerimaan/Penafian

Keperluan

Perujukan

Anafora

Pengulangan

Kekaburan

Penegasan

 

EMOSI

1. Positif

2. Negatif

3. Emosi Bercampur

Perangai

Personaliti

Mood

Motivasi

 

NILAI DAN BUDAYA

1. Diri

2. Masyarakat

3. Adat

Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan

Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan

Hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat

Keadilan, kebebasan, rasional

 

BAHASA

1. Bahasa pertama/kedua/ketiga

2. Formal/tidak formal

3. Kesalahan bahasa

4. Linguistik

 

INFERENS

1. Rumusan keseluruhan

2. Rumusan topik perbincangan

3. Penutup kata

 

Pendekatan analisis wacana oleh Normaliza Abd Rahim (2018b) dapat dibahagikan kepada lima elemen iaitu pra-andaian, emosi,  nilai dan budaya, bahasa dan inferens. Yang pertama ialah pra-andaian. Pra-andaian ialah perkara yang dilakukan dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan. Pra-andaian dapat dibahagikan kepada dua aspek iaitu intuisi dan konteks. Intuisi ialah kemampuan untuk memahami sesuatu tanpa menggunakan akal fikiran melalui gerak hati seseorang. Konteks pula merupakan kajian dari aspek penerimaan atau penafian, keperluan, pemujukan, anafora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.

  Elemen yang kedua ialah emosi. Emosi merupakan suatu perasaan yang terdapat dalam diri seseorang yang dirasai daripada suatu rangsangan. Emosi dapat dibahagikan kepada dua aspek iaitu emosi positif, negatif dan emosi bercampur. Emosi juga dikenal pasti melalui tabiat, motivasi diri, personaliti sama ada dari dalam mahupun luar.

Nilai dan budaya pula meliputi perkara yang terkandung dalam falsafah pendidikan negara. Elemen ini dapat dikenal pasti melalui diri, masyarakat dan adat. Hal ini termasuklah nilai-nilai seperti ikhlas, baik hati, berhemah, kasih sayang, kesyukuran, kesederhanaan, kerajinan, bekerjasama, bermasyarakat, hormat-menghormati dan lain-lain lagi.

Elemen yang keempat iaitu bahasa telah memfokuskan kepada bahasa pertama, kedua, ketiga dan lain-lain. Bahasa dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahasa formal dan tidak formal. Elemen ini juga mengambil kira kesalahan bahasa dan aspek linguistik supaya kelihatan lebih kritis, jelas dan padat.

Elemen yang terakhir ialah inferens. Inferens merangkumi kesimpulan, rumusan topik perbincangan dan penutup. Setiap aspek ini perlu diambil kira supaya ujaran, interaksi, teks dan tulisan lebih teratur dan jelas.

 

Sumber: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi: Penerbit UMT, Kuala Nerus.

 









No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASA...