Thursday, April 1, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 Lima Elemen Asas Grafik

Elemen

Maksud

Contoh

1) Mudah

Pemerhatian individu terhadap gambaran yang dapat difahami sama ada dalam bentuk foto mahupun video. Foto atau video tersebut mempunyai mesej yang tersendiri yang mudah difahami khalayak.

Terdapat sekeping foto sebuah kereta berwarna kuning yang terletak di tempat letak kereta. Individu yang melihat foto tersebut akan faham bahawa foto tersebut ialah sebuah kereta berwarna kuning.

2) Warna

Campuran warna ataupun satu warna yang membentuk suatu gambaran dalam bentuk foto atau video. Grafik sepatutnya mempunyai tidak lebih daripada tiga warna. Warna yang digunakan bergantung kepada mesej yang ingin disampaikan.

Sekeping foto sebiji burger disertai dengan warna gelap di belakang dan teks berwarna kuning. Foto ini dapat memfokuskan kepada sebiji burger tersebut kerana kontra warna yang seimbang.

3) Teks

Merujuk kepada saiz font yang digunakan dalam grafik. Kandungan dalam teks juga diambil kira untuk memahami kandungan grafik. Warna dalam font juga penting dalam asas grafik.

Iklan tentang sebuah bantal disertai dengan teks “Lembut dan Empuk” member tanggapan tentang ciri-ciri bantal tersebut. Oleh itu, teks yang ditulis haruslah besar dan menggunakan font yang menarik perhatian pembeli.

4) Kesesuaian

Didefinisikan sebagai grafik yang bersesuaian dengan latar iaitu latar rempat, masa, watak ataupun bahan dalam grafik yang bersesuaian.

Foto seorang pesakit bersama doktor di sebuah hospital. Terdapat pesakit lain dalam wad yang sama dan keluarga yang berwajah sedih. Terdapat tulisan di bawah foto tersebut iaitu “Barisan Hadapan Kita”

5) Keseimbangan

Ruang dalam foto atau video. Hal ini termasuklah ruang kiri dan kanan, atas dan juga bawah. Terdapat ruang kosong atau grafik yang sama berat di ruang tersebut. Namun, diterima sebagai seimbang apabila grafik dapat disampaikan dengan baik.

Ruang di sebelah kiri gambar terdapat ramai orang yang seimbang dengan gunung-ganang. Di sebelah atas pula terdapat matahari yang sangat cerah manakala di bahgian bawah gambar terdapat persisiran pantai disertai dengan ombak yang kuat.

 

Sumber: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa: Penerbit Universiti Putra Malaysia, Selangor

                                                                





No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASA...