Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CELIK BAHASA ISYARAT

CELIK BAHASA ISYARAT



Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka


    Berdasarkan perkongsian yang diberikan oleh Prof. Dr. Normaliza dalam program tersebut, beliau sangat mementingkan khalayak untuk mempelajari bahasa isyarat. Beliau juga memebritahu bahawa beliau hanya mempelajari bahasa isyarat dalam masa dua bulan sahaja. Pada awalnya, beliau berasa sangat susah untuk mempelajari bahasa isyarat melalui aplikasi Youtube, namun segalanya tampak mudah apabila beliau lebih memahami bahasa isyarat melalui aplikasi Twitter. Semangat beliau tidak goyah untuk mempelajari bahasa isyarat sehingga lah beliau mahir dalam perkara tersebut dalam masa 2 bulan sahaja. Beliau juga menitikberatkan anak-anak beliau untuk mendalami bahasa isyarat agar menjadi contoh dan ikutan orang lain. Beliau juga ada memberitahu bahawa mempelajari bahasa isyarat dapat dibahagikan kepada tiga situasi iaitu belajar kerana minat, belajar kerana keperluan, dan belajar kerana suatu kemestian. Melalui ketiga ketiga situasi ini, tidak seharusnya khalayak tidak kira usia muda atau tua untuk tidak mempelajari bahasa isyarat kerana ia haruslah menjadi keperluan bagi segenap masyarakat dalam pelbagai perkara. 





No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASA...