Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2

RINGKASAN CERITA SOSIAL 2

Rujukan buku: Normaliza Abd Halim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi: Penerbit UMT, Kuala Nerus.

 

Berdasarkan Cerita Sosial 2 yang terdapat dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi, apa yang saya dapat ringkaskan ialah ia mengisahkan tentang bapa Alim yang mengetahui bahawa anak-anaknya iaitu Alim, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah sangat menggemari buah-buahan tempatan. Oleh sebab itu, Ayah Alim membawa pulang banyak buah-buahan seperti buah durian, buah manggis, buah langsat, buah duku dan lain-lain dari pasar tani. Anak-anaknya sangat gembira apabila ayahnya membawa pulang buah-buahan tempatan dari pasar tani. Setelah itu, ibu pun menyediakan bakul sampah supaya kulit-kulit buah-buahan tersebut tidak bersepah dan menjadikan rumah mereka kotor. Imran, Madinah, Alim dan Aisyah turut menganggukkan kepala mereka tanda bersetuju dan taat kepada arahan ibu mereka itu.


  Semasa mereka asyik memakan buah-buahan tersebut, Alim bertanya kerana dia mengingati pesan ibunya iaitu “berkongsi barang atau makanan yang kita sukai ialah perbuatan yang baik”. Jadi Alim ingin memberikan buah-buahan itu kepada jiran mereka iaitu Sulaiman yang tinggal tidak jauh dari rumah mereka. Ibu Alim sangat memuji sikap Alim yang mengingati pesan ibu bapanya dan terus memasukkan buah-buahan yang ingin diberikan kepada Sulaiman ke dalam plastik berwarna merah.

 

Alim pun memberikan buah-buahan yang dibungkus oleh ibu kepada Sulaiman yang sedang menyiram pokok di rumahnya. Sulaiman sangat gembira dan tersenyum. Dia berlari ke arah keluarganya untuk menikmati buah-buahan tersebut. Alim juga berasa sangat gembira kerana dapat berkongsi makanan bersama jirannya, Sulaiman. Dia juga mengetahui bahawa abang Imran, Madinah, dan Aisyah juga sering berkongsi makanan dan barangan mereka kepada Alim. Mungkin, perkara ini yang mendorong Alim untuk berkongsi rezeki bersama orang lain.

 

Selesai sahaja menikmati buah-buahan yang dibawa oleh bapa Alim, Alim membantu abang Imran, kak Madinah, ibu dan bapa untuk mengemas rumah. Ketika Alim sedang membuang sampah kulit buah-buahan yang dimakan oleh keluarganya, dia terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu kepada Sulaiman yang sedang menyapu lantai di luar rumahnya. Mak Cik Timah sangat berterima kasih kepada Alim atas budi pekertinya memberikan buah-buahan tersebut kepada keluarganya. Alim juga menyambut Mak Cik Timah dan memuji keluarganya kerana menjadi jiran yang sangat baik termasuk juga suaminya Pak Cik Yakub.

 

Tiba-tiba, Mak Cik Timah menunjukkan raut wajah yang sedih kepada Alim, Mak Cik Timah berkata dia sangat gembira kerana Alim sangat baik hati kepada anaknya, Sulaiman. Alim berkata dia sangat suka berkawan dengan Sulaiman yang sedang membasuh basikal kecilnya itu. Alim juga mengatakan bahawa Sulaiman, jirannya itu merupakan rakannya. Setelah berkata demikian, Alim pulang sambil melambai-lambai ke arah Mak Cik Timah. Mak Cik Timah pula memandang ke arah Alim yang ingin pulang itu sambil mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Alim dan keluarganya.




No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASA...