Sunday, April 25, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-ASAS FOTOGRAFI (FLATLAY)

 Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Selangor.

Sumber: https://youtu.be/TdLfVYodUOA

Assalamualaikum w.b.t.

Pada kali ini hamba ingin berkongsi tentang pengalaman hamba dalam pembikinan video Flatlay yang telah disiapkan hari ini. Pada awalnya, hamba berasa kurang berminat dengan tajuk ini, namun berkat keringat yang ada masih hamba gagahkan diri ini untuk menyiapkannya.

Tajuk tugasan kali ini ialah Flatlay iaitu gambar yang diambil daripada pelbagai sudut. Terdapat empat jenis Flatlay iaitu Flatlay, Halflay, Quarter halflay, dan Zero halflay. Keempat-empat jenis ini membawa maksud dan sudut yang berlainan.

Terus terang, hamba lebih meminati Flatlay kerana ia diambil daripada sudut 90 darjah dari atas gambar atau foto. Ia akan memperlihatkan gambar tersebut secara keseluruhan dalam keadaan yang menarik.

Dalam video ini juga, hamba telah memperincikan setiap jenis Flatlay berserta gambar yang berkaitan. Semoga video yang hamba buat dapat mengusik jiwa anda dan mendatangkan pengetahuan yang baharu kepada umum sekalian. Sekian, terima kasih.



        
                                


No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASA...