Saturday, June 12, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 11-DRAMA KOREA: REALITI ATAU FANTASI

Assalamualaikum semua!

Hari ni hamba nak kongsi satu tugasan yang menarik!

Hamba dapat menyaksikan Prof. Dr. Normaliza iaitu pensyarah bagi subjek Multimedia dalam Bahasa dalam siaran Dewan Bahasa Pustaka. Beliau dijemput bagi membincangkan topik mengenai "Drama Korea, Realiti atau Fantasi?". 

Perkongisan dia memang best lah sebab dia dapat ceritakan perbezaan cerita k-Drama yang dulu sampai lah sekarang haa walaupun hamba hanya melayan Runningman je tapi k-Drama ada lah tengok sikit hehehehee.

Jom kita tengok sikit gambar gambar hamba mempromosikan program inbi dan gambar pensyarah hamba.


Haa ni gambar sewaktu beliau sedang memberikan ulasan. Nampak tak hamba ada komen "hadir" kat situ? itulah tandanya hamba turut sertai program ini.

1) Cara hamba mempromosikan program ini.







Nampak kan? semua platform hamba promosi kan pensyarah hamba ni sebab tajuk yang dibincangkan best gila!


2) Feedback hamba setelah program selesai






Haa rugilah siapa yang tak join tu hahahaha sebab selepas hamba menonton bual bicara ini, terus rasa minat dengan drama Korea. Boleh lah ni start lepas abis sem ni hehehehehe

Okay lah tu je perkongsian hari ni, kita jumpa lagi nanti!








BBM3410-2021-MINGGU 11-KISAH SEDIH (FACEBOOK)

 Assalamualaikum semua!

Kali ini hamba perlu membuat satu post di Facebook berkaitan dengan kesedihan.

Dapat jugaklah luah kenangan pahit dulu, tapi bila cerita tu sedih pulak hahahaha.

Jom kita tengok kisah sedih dari hamba dan rakan-rakan hamba!


2) Post dari Rakan-Rakan Hamba







Sedih weh bila baca cerita kawan-kawan ni, dapatlah dengar sedikit luahan kesedihan mereka ni.

Apapun tugasan ni menyeronokkan jugak sebab dpat meluahkan rasa sedih walapun benda tu dah lama kan.

Okay lah kita jumpa lagi nanti! bye!









BBM3410-2021-MINGGU 11-ALAM SEMULA JADI (TWITTER)

 Assalamualaikum semua!

Tugasan kali ni hamba ditugaskan  untuk "tweet" berkenaan dengan alam semulajadi.

Memang seronok lah cerita pasal tempat yang aku pernah pergi iaitu Pulau Tioman.

Hamba juga perlu "retweet" "tweet" daripada rakan-rakan yang lain juga!

Jom kita tengok!


1) Tweet Hamba Berkaitan dengan Alam Semulajadi






2) Tweet daripada Rakan-Rakan Hamba








Best kan tweet pasal alam semulajadi ni. Hamba suka sebab dapat tengok keindahan alam sekitar yang kadang-kadang kita tak tahu ada dalam dunia ni. Ada jugak yang recommend pergi kat tempat tu hehehehe boleh la pergi nanti!

Okayt lah kita jumpa lagi nanti!


Saturday, June 5, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 10-VIDEO SERAM SANGGA BUANA


 Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Selangor.


Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=DjH6RIEJJFg

Assalamualaikum semua!
  
Untuk post kali ini, kami dari kumpulan Sangga Buana ingin mempersembahkan hasil video kami yang seterusnya iaitu video seram. Untuk pengetahuan anda, video seram merupakan video yang berbentuk penceritaan dan memberikan kesan yang menakutkan kepada penonton. Video seram juga biasanya melibatkan hantu atau entiti yang kelihatan atau tidak kelihatan. Untuk menghasilkan video tersebut, kami mengadakan perbincangan di aplikasi Whatsapp dan perbincangan dimulakan dengan membincangan tajuk serta jalan cerita bagi video ini. Setelah itu, setiap ahli kumpulan diagihkan kepada tugas-tugas tertentu dan diberikan masa yang secukupnya untuk menyiapkan bahagian masing-masing. 

Proses pengambaran atau shooting melibatkan dua orang ahli kami yang berada di kolej, iaitu Hana dan Syed atau lebih dikenali sebagai Burn. Video ini mengisahkan tentang empat orang sahabat iaitu Hana, Burn, Nafie dan Syahmi yang sedang belajar di kolej. Tiba-tiba, Hana berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena beberapa minit sebelum azan Isyak berkumandang. Ketika Burn, Nafie dan Syahmi ke surau, mereka meninggalkan Hana bersendirian. Setelah mereka selesai menunaikan solat, mereka tidak perasan bahawa Hana berubah menjadi senyap dan pucat. Setelah itu, mereka mula diganggu oleh “Hana”. Beberapa minit kemudian, Burn terbangun daripada tidur. Rupa-rupanya, dia hanya bermimpi. Namun begitu, mimpi Burn sebenarnya sebuah dejavu yang amat menyeramkan. Oleh itu, kami berpakat untuk menamakan video seram ini sebagai “Dejavu”. 

Setelah semua video selesai dirakam dan disunting oleh editor, pengarah kami meneliti setiap video secara terperinci untuk diberikan penambahbaikan agar video seram ini bertepatan dengan konsep yang dimahukan. Setelah video siap disemak dan disunting beberapa kali, pengarah memberi kelulusan agar video tersebut boleh dimuat naik di Youtube Channel dan blog masing-masing. 

Secara keseluruhannya, proses menghasilkan video ini amat menyeronokkan. Kerjasama sesama ahli kumpulan Sangga Buana juga sangat baik. Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua ahli kumpulan yang memainkan peranan masing-masing bagi memastikan tugasan video ini berjalan dengan lancar. Tidak lupa juga kepada barisan pelakon tambahan yang sudi membantu menjayakan lagi tugasan kami kali ini. Kami berharap agar video ini menghiburkan anda semua.

Terima kasih dan jumpa lagi!



BBM3410-2021-MINGGU 10-VIDEO TRAGEDI SANGGA BUANA


 Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Selangor.


Sumber; https://www.youtube.com/watch?v=aFo4EUvWXDI

Assalamualaikum semua!
  
Untuk post kali ini, kami dari kumpulan Sangga Buana ingin mempersembahkan hasil video kami yang seterusnya iaitu video tragedi.Untuk pengetahuan anda, video tragedi biasanya memberikan kesan trauma dan pengajaran kepada penonton. Untuk menghasilkan video tragedi ini, kami mengadakan perbincangan di aplikasi Whatsapp dan perbincangan dimulakan dengan membincangan tajuk serta jalan cerita bagi video ini. Setelah itu, setiap ahli kumpulan diagihkan kepada tugas-tugas tertentu dan diberikan masa yang secukupnya untuk menyiapkan bahagian masing-masing. 

Video ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Najihah yang mempunyai seorang ibu tiri dan kakak tiri. Keluarga tirinya selalu menganaiya dan mendera Najihah. Walau bagaimanapun, hal ini tidak diketahui oleh bapa Najihah. Pada suatu hari, sebuah tragedi telah menimpa ibu tirinya. Ibu tiri Najihah telah diragut dan dilanggar oleh sebuah kereta. Ketika ibunya sakit, Najihah setia menjaga ibu tirinya. Hal ini menyebabkan ibu tirinya berasa insaf dan Najihah pula memaafkan ibu tiri. Oleh itu, judul bagi video tragedi kami ialah “Peluang Kedua”. Video ini dihasilkan oleh Najihah dan dibantu oleh rakan-rakannya iaitu Syazlina, Haslinda, Ayuni, Syakirah, Hafilda, Nadia dan Farisha Alia.

Setelah semua video selesai dirakam dan disunting oleh editor, pengarah kami meneliti setiap video secara terperinci untuk diberikan penambahbaikan agar video tragedi ini bertepatan dengan konsep yang dimahukan. Setelah video siap disemak dan disunting beberapa kali, pengarah memberi kelulusan agar video tersebut boleh dimuat naik di Youtube Channel dan blog masing-masing. 

Secara keseluruhannya, proses menghasilkan video ini amat menyeronokkan. Kerjasama sesama ahli kumpulan Sangga Buana juga sangat baik. Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua ahli kumpulan yang memainkan peranan masing-masing bagi memastikan tugasan video ini berjalan dengan lancar. Tidak lupa juga kepada barisan pelakon tambahan yang sudi membantu menjayakan lagi tugasan kami kali ini. Kami berharap agar video ini menghiburkan anda semua.

Terima kasih dan jumpa lagi di posting seterusnya!



BBM3410-2021-MINGGU 10-VIDEO FOKUS SANGGA BUANA

 Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Selangor.


Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=X2YKVTBGSvM

Assalamualaikum semua!

Untuk post kali ini, kami dari kumpulan Sangga Buana ingin mempersembahkan hasil video kami iaitu video fokus. Untuk pengetahuan anda, video fokus tidak memperlihatkan wajah pelakon di dalam video. Untuk menghasilkan video fokus ini, kami mengadakan perbincangan di aplikasi Whatsapp dan perbincangan dimulakan dengan membincangan tajuk serta jalan cerita bagi video ini. Setelah itu, setiap ahli kumpulan diagihkan kepada tugas-tugas tertentu dan diberikan masa yang secukupnya untuk menyiapkan bahagian masing-masing. 

Tajuk yang dipilih bagi video ini ialah “Surat Buat Ayah”. Video ini mengisahkan tentang seorang anak yang telah kematian ayahnya dan mereka dibesarkan oleh ibu mereka sahaja. Anaknya menceritakan kenangan-kenangan yang dilalui oleh mereka ketika bersama-sama ayahnya dalam sehelai surat. Video ini dihasilkan oleh Aiman dan dibantu oleh Amani Zulaika sebagai jurukamera.
Setelah semua video selesai dirakam dan disunting oleh barisan editor, pengarah kami meneliti setiap video secara terperinci untuk diberikan penambahbaikan agar video fokus ini bertepatan dengan konsep yang dimahukan. Setelah video siap disemak dan disunting beberapa kali, pengarah memberi kelulusan agar video tersebut boleh dimuat naik di Youtube Channel dan blog masing-masing. 

Secara keseluruhannya, proses menghasilkan video ini amat menyeronokkan. Kerjasama sesama ahli kumpulan Sangga Buana juga sangat baik. Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua ahli kumpulan yang memainkan peranan masing-masing bagi memastikan tugasan video ini berjalan dengan lancar. Tidak lupa juga kepada barisan pelakon tambahan yang sudi membantu menjayakan lagi tugasan kami kali ini. Kami berharap agar video ini menghiburkan anda semua.

Terima kasih dan jumpa lagi!

BBM3410-2021-MINGGU 10-KESEDARAN (TWITTER)

 Assalamualaikum semua!

Tugasan kali ini ialah tugasan membuat satu "post" berkenaan dengan kesedaran di "Twitter"

Mesti banyak benda yang boleh kita dapat daripada tugasan ni kan?

Jom kita tengok antara post-post tentang kesedaran!


1) "Tweet" Hamba mengenai Kesedaran


"Tweet" yang hamba makusdkan mengenai kesedaran ini adalah untuk memberikan semangat kepada mereka yang dalam kesusahan dalam kehidupan, sebagai satu nasihat supaya terus mencari penyelasaian bagi setiap apa yang kita lalui.


2) "Tweet" daripada rakan-rakan hamba mengenai kesedaran
















Pelbagai "Tweet" mengenai kesedaran dapat kita lihat kan? InsyaAllah segala perkongsian dan nasihat dapat dijadikan pedoman supaya lebih kuat dalan menempuh dugaan di dunia.

Okay lah itu sahaja untuk tugasan kali ni, kita jumpa lagi nanti ya!


BBM3410-2021-MINGGU 10-PERUBAHAN (INSTAGRAM)

 Assalamualaikum dan hai semua!

Pada minggu kesepuluh ni hamba ditugaskan untuk membuat satu "post" mengenai perubahan di laman sosial "Instagram".

Banyak juga "post-post' yang menarik yang dapat hamba lihat daripada rakan-rakan yang lain.

Jom kita tengok!!!


1) "Post Instagram" Perubahan daripada Hamba


Berkenaaan "post" hamba ini, hamba menceritakan tentang perubahan pembelajaran fizikal kepada dalam talian. Yelah, siapa tak rindu nak kelas fizikal, nak jumpa kawan-kawan macam dulu kan? jadi itulah perubahan yang hamba rasa paling suka untuk diterima.


2) "Post Instagram" daripada Rakan-Rakan Hamba











Bermacam-macam perubahan daripada rakan-rakan hamba kan? banyak sungguh kisah yang dapat hamba hayati daripada mereka ini. Okay lah, semoga kita jumpa lagi nanti. Bye!








BBM3410-2021-MINGGU 10-TEKA-TEKI (FACEBOOK)

 Assalamualaikum semua!

Dah masuk minggu 10 dah kita!

Tapi kali ni tugasan best sikit sebab hamba kena bagi teka teki dekat kawan kawan di FB.

Mesti semua pecah kepala nak jawab tu hahaahahaha.

Jom kita tengok teka-teki dari kawan kawan hamba ni.


1)Teka-Teki dari Hamba


Macam-macam jawapan yang hamba dapat hahaha tapi takpe yang penting mereka dah cuba. Tapi, ada jawapan yang betul kat situ bijak betul rakan-rakan hamba ni.


2) Teka-teki dari rakan-rakan hamba

















Sejujurnya, hamba memang tak mahir dalam menjawab teka-teki. Tapi takpe yang penting cuba dulu kan? hahahaahaha.


SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASA...