Saturday, June 5, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 10-VIDEO SERAM SANGGA BUANA


 Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Selangor.


Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=DjH6RIEJJFg

Assalamualaikum semua!
  
Untuk post kali ini, kami dari kumpulan Sangga Buana ingin mempersembahkan hasil video kami yang seterusnya iaitu video seram. Untuk pengetahuan anda, video seram merupakan video yang berbentuk penceritaan dan memberikan kesan yang menakutkan kepada penonton. Video seram juga biasanya melibatkan hantu atau entiti yang kelihatan atau tidak kelihatan. Untuk menghasilkan video tersebut, kami mengadakan perbincangan di aplikasi Whatsapp dan perbincangan dimulakan dengan membincangan tajuk serta jalan cerita bagi video ini. Setelah itu, setiap ahli kumpulan diagihkan kepada tugas-tugas tertentu dan diberikan masa yang secukupnya untuk menyiapkan bahagian masing-masing. 

Proses pengambaran atau shooting melibatkan dua orang ahli kami yang berada di kolej, iaitu Hana dan Syed atau lebih dikenali sebagai Burn. Video ini mengisahkan tentang empat orang sahabat iaitu Hana, Burn, Nafie dan Syahmi yang sedang belajar di kolej. Tiba-tiba, Hana berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena beberapa minit sebelum azan Isyak berkumandang. Ketika Burn, Nafie dan Syahmi ke surau, mereka meninggalkan Hana bersendirian. Setelah mereka selesai menunaikan solat, mereka tidak perasan bahawa Hana berubah menjadi senyap dan pucat. Setelah itu, mereka mula diganggu oleh “Hana”. Beberapa minit kemudian, Burn terbangun daripada tidur. Rupa-rupanya, dia hanya bermimpi. Namun begitu, mimpi Burn sebenarnya sebuah dejavu yang amat menyeramkan. Oleh itu, kami berpakat untuk menamakan video seram ini sebagai “Dejavu”. 

Setelah semua video selesai dirakam dan disunting oleh editor, pengarah kami meneliti setiap video secara terperinci untuk diberikan penambahbaikan agar video seram ini bertepatan dengan konsep yang dimahukan. Setelah video siap disemak dan disunting beberapa kali, pengarah memberi kelulusan agar video tersebut boleh dimuat naik di Youtube Channel dan blog masing-masing. 

Secara keseluruhannya, proses menghasilkan video ini amat menyeronokkan. Kerjasama sesama ahli kumpulan Sangga Buana juga sangat baik. Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua ahli kumpulan yang memainkan peranan masing-masing bagi memastikan tugasan video ini berjalan dengan lancar. Tidak lupa juga kepada barisan pelakon tambahan yang sudi membantu menjayakan lagi tugasan kami kali ini. Kami berharap agar video ini menghiburkan anda semua.

Terima kasih dan jumpa lagi!



No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS GRAFIK MUDAH 6. ASAS GRAFIK WARNA 7. ASA...